Tuesday, July 28, 2009

Kekasih Awal dan Akhir - Jamal Abdillah.







jawapannya padat dan jitu.
muktamad pasti.







when time will come, time will come.
"kun faya kun.." God says.

Tuesday, July 21, 2009

Impian endingnya macam dalam cerita drama swasta.







Though happiness in life comes once in awhile, cherish it long.
One will find that happily ever after show sooner or later.






Monday, July 13, 2009

doa.





Tahukah kamu yang aku rindu kamu sehingga akhir lelapku bergenang dalam air mata.





aku terlalu rindu sehingga aku berdoa;

"..kamu segeralah bersamanya,
bahagia,
bertemu dengan semua yang kamu cari,
dan tidak disakiti lagi."

"..dan aku bertemu dengan yang lain."





aku tak tau mana mulanya, kebelakangan ini aku jadi rindu. Dan bila bangkit dari tidur, kamu jadi yang pertama, sehingga buat hati tak tentu hala. Aku hairan. Rasanya sama semacam dulu. Mana silapnya sebab aku sangka aku dah lupa semua.

semoga doa aku didengar tuhan yang maha kuasa. aku cuma mahu yang terbaik buat kita berdua. yang terbaik buat kamu. dan yang terbaik juga buat aku. semoga jalan kita dipermudahkan. amin.

Friday, July 10, 2009

Teka teki teka tekuk. Ular mati dalam mangkuk.






Belum berbuah sempurna, tapi bunga nya dah ada.

;)





Tuesday, July 7, 2009

Biar seratus tahun.

Kemana hilangnya penglipurlara ini? Mungkin dia naik ke puncak gunung ledang pergi mencari Hang Tuah yang dah hilang sejak zaman kesultanan melayu melaka. Dan sekarang, dia pulang.

Beratus perkataan cuba nak aku cantumkan biar jadikan ayat yang boleh buatkan satu dunia faham. Tapi ratusan perkataan yang bercantum itu akhirnya jadi sampah sampai aku sendiri tak faham bila dibaca semula. Aku rasa tangan magis dan fikiran deep aku dah hilang bersama sibuk dunia.

Nah. Hari ini. Hati uncertain. Akal tak boleh relaks.

Bukan hari ini saja aku mula rindukan kawan-kawan. Ramai. Semua aku rindu sejak mereka mula berumah tangga, mula berpacaran dan mula menyambung usaha hidup mereka dengan jalan mereka sendiri. Aku di mana. Kenapa aku rasa pedih kenangkan aku ditinggalkan sendirian mengenang cerita lama. Adakah life aku tiada anjakan. Sehingga terasa ditinggal begini. Atau mungkin aku terlalu berpaut lama pada masa silam. Aku sayang nak tinggalkan kenangan.

Kenangan bukanlah untuk dibawa tinggal hidup bersama. Kenangan adalah untuk dikenang. Bila sedih, kenangkanlah masa gembira. Bila gembira, kenangkanlah saat bersedih dulu. Itu fungsi dan caranya. Yang aku tak faham dan terlupa.

Aku mula rasa dunia mula mencengkam, bila masing-masing mula buat haluan sendiri. Aku jadi seperti wasted. Aku jadi alone.

Sudah. Aku mahu berhenti mengesat air mata. Aku dah jumpa formulanya!

Aku akan move on bersama semua kawan-kawan yang aku sayang itu. Aku juga mahu ada kehidupan sendiri. Ada kerjaya dan berfamili. Sambil-sambil, aku tak putus hubungan dengan mereka. Masih sama kirim hello dan sms. Selang berapa minggu, sempat saja berbual di kedai kopi sambil bercerita hal suami dan isteri. Anak-anak pula mungkin satu sekolah yang sama nanti.

Biar ada yang kahwin awal atau lewat, aku tau kami tetap support masing-masing. Tak dapat bagi tips malam pertama, tips UPSR untuk anak-anak pun boleh saja. Walaupun dah buncit menunggu masa bersalin, sempat saja keluar berkongsi idea. Konsep perkahwinan ala jawa buat sahabatnya, dia saja jadi wedding plannernya. Manis.

Semuanya hidup dengan jalan masing-masing, tapi jalannya sehala. Pastikan itu.