Sunday, May 31, 2009

Azam ulang tahun

Dekat dah. Dan memang aku serius. Aku nak kurangkan berjimba malam. Aku cuba ya.

Monday, May 25, 2009

Aku tambatan hatinya.


"Aku sayapnya
tambatan hatinya
Yang mengilhami tiap langkah hidupnya
Begitu adanya
dalam goresan pena
Ia suratkan berkala untukku
Tak sekalipun kujumpai dia.."
Padi - Siapa Gerangan Dirinya

Mungkin dah jumpa, tapi hati aku pula yang tak kena.



"Cinta adalah ruang dan waktu
Datang dan menghilang
Semua karunia sang pencipta.."
Dewa19 - Lagu Cinta

Bila aku dah ada, dia pula tak ada.



"Keindahan dalam bercinta
Tidaklah mudah
Cinta membutuhkan ketulusan
Dan pengorbanan.."
Gigi - Kepastian Yang Kutunggu

Tak semua orang dapat jalan yang mudah. Aku kategori jalan aku payah.
Dan yakin akhirnya indah.



"Mungkin kamu takkan pernah
percaya
Bahwa sesungguhnya
aku telah terjatuh"
Dewa19 - Larut

Aku sedang larut.


Sunday, May 24, 2009

Diari Ramlah.


Dear Diary,
Hehehe.

Apa nak pakai dinner nanti. Siot la. Aku rasa aku je yg pakai paling glemer malam tu nati. Sebab aku dah pun pegi tailor anta baju hasil kepala aku n bulat nye design. Ha. Abis lah korang sume kalo tak le celen aku nye meletop malam tu, saje menanges je la.. Hehehe. *Statement tak ngalah*

Untuk doorgift pulak rasanya dah boleh lega. Sebab semalam dah pegi amik sample utk bebudak komiti. Rasanya dah puas hati. Kualiti pun nampak bagus. So lepas ni tinggal nak pegi tempah. Lega hati mak noks. Satu bala dah lepas.

Misi diet. Aku dah gained weight gile babas. Aku nak kene pantang skit makan yang sebelum ni aku main redah je. No more makan lepas jam 7 (weekdays). No more deserts lepas jam 7 (weekend) *makan roti canai leh la lagi* weekend free la skettt. hahahah! Pastu nak kene exercise. Ingat nak swimming balik, tapi aku mcm takut badan aku jadi bermuscle2 dan berdada mcm seorang wresler. Uhh ngeri. Haha. Better aku sapu krim mustajab je kt tempat2 aku nak slim *hahahah!* baik aku masuk kardio gym ngan bulat. Boleh nih. Chayok!

Sebenarnye, cara paling mudah utk aku keep fit adalah dengan kuar amik gambar semula. Dulu, waktu amik gamba orang kawen, akak ni slim je k. Sebab time amik gamba ke sana sini berpeluh peluh membakar lemak sambil mentari membakar kulit akak yg mulus nih. Huhu. Pastu time wat keje salunye makan kurang. Akak tak bape makan sangat nasi kenduri time akak tgh kene amik gamba sbb nati perut sebu2 nk wat keje pulak kan. Haih. Rindu lah nak amik gamba orang kawen. Tunggu bulan 7. Akak tak sabar!

Ok lupe nak bagitau dunia yang akak dah pun deliver anak baru. Selamat jumaat 2 mggu lepas. 15.mei.2009. Tahniah tahniah kepada akak. hahaha. Ni akak sisipkan gambar my newborn baby. Nama dia..


Nikon D90

hehehe.

Jemaat semalam, pegi karoke. Perkara paling tragedi yang pernah jadi sepanjang sesi karoke. Boleh tengah syok tarikkkk tetiba blackout! Haduh. Apalagi, bergelap la dalam pusat karoke tu. Nasib takde yang kene serangan epilepsi, sebab terkejut. Haha. Cuma kene serangan system hanged je lepas tu. Lepas ada api balik, reboot, ingatkan lagu2 yg dah pilih byk2 tadi dah lesap. Rupanya ada lagi. ohh ok. Cumanya, takat lagu tu je lah. Sbb system hang. Biol jek. Kene tggu lak ha lagi. Memang kene ban la *oliti hotel nih. Dah la buah mahal sampai 10 henggit. Hahaha.

Apala. Memang macam tulih diari. Ces!



Thursday, May 21, 2009

I dunnot care to worry about you anymore. Piiirah mabokkkk!

p/s: tajuk tiada kaitan dengan entri berikut.

Betapa semua tau saya sukakan desert dan makanan manis. Ohh sedap.





So i bought this.

mulai hari membeli buku, saya akan berusaha utk buat sendiri!

Sunday, May 17, 2009

Keikhlasan.



"Aku tau aku takkan bisa,
menjadi seperti yang engkau minta,
namun selama aku bernyawa,
aku akan mencuba,
menjadi seperti yang minta..."



aku tau aku manusia, yang serba tidak sempurna pada kelakuannya. aku cuma harap dan cuma nak cakap, yang aku ni selalu berusaha kuat nak jadi yang paling baik pada kamu, menjadi yang paling menjaga hati kamu, menjadi yang paling kamu senangi.

tapi kalau aku tak sedar, kalau aku menjadi manusia yang pentingkan diri, kalau aku tersepit dalam keadaan atau emosi, aku minta maaf. aku tak pernah berniat sengaja mengecilkan hati kamu. kamu kan aku sayang. kamu kan yang selalu mendengar luahan aku. kamu kan yang selalu aku peluk dan aku rindu. kamu kan yang selalu menjaga hati aku.


"ampuni aku yg telah memasuki kehidupan kalian
mencuba mencari celah dalam hatimu.."


aku nak minta maaf pada semua. aku tak tau bila masa aku akan pergi dari muka bumi ni. aku minta maaf. aku rasa akhir-akhir ni aku terlalu ikutkan rasa hati yang jahat. aku rasa akhir2 ni aku banyak buat hati orang sakit terhadap perbuatan aku. aku tak sengaja. aku hanya bertindak atas kemarahan hati dan dalam keadaan emosi yang gagal. aku minta maaf.


aku ikhlas.
aku minta maaf.
ampuni aku eh.

Wednesday, May 13, 2009

Kamu seorang pemaaf.



"Mana hilangnya
rasa belas kasihan.
Mana hilangnya
rasa tidak simpan dalam hati.
Mana hilangnya
rasa tidak pernah peduli.

Ampunkanlah
semua.
Maafkanlah
semua.

Bersihkan semula
hatimu.
Kamu pernah jadi seorang pemaaf
pada semuanya.
Jangan terlalu kuat,
takut jadi keras
dan buta pula hatimu.
Sebuta hati
mereka."


p/s: p/s: p/s:


Saturday, May 9, 2009

Selamat Pengantin Baru.

And everyone is getting married this year.


S : Apakah perasaan anda tentang perkara ini?
J : Obviously, its a good picture. Mendirikan masjid adalah perkara baik dan dalam tuntutan ugama. Ini juga satu perkara yang sangat menggembirakan. Lebih-lebih lagi, 2 dari kawan baik perempuan saya akan mendirikan masjid tahun ini. Saya tak sangka secepat ini mereka menamatkan zaman bujang mereka. Ya, dah sampai jodoh mereka. Saya bahagia, sebahagia mereka. Yang saya berasa fascinate juga adalah, ada antara kawan-kawan saya yang bertemu jodoh dalam suasana yang mereka sendiri tidak sangka. Bertemu dengan the other half, yang mereka tak pernah menyangka. Secara jujur, saya rasa ini miracle yang tuhan dah ciptakan lama jalannya. senyum


S : Apakah persiapan anda untuk menghadapi perkara ini?
J : Pertama sekali, saya perlu hadapinya dengan perasaan ikhlas. Saya ikhlas mendoakan kebahagiaan yang berpanjangan kepada semua pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan. Saya tau soalan ini ditanya kepada saya memandangkan saya masih belum ada calon untuk saya menamatkan zaman bujang saya dalam ketika diusia yg meningkat dewasa ini. Tapi tak mengapa. Saya selalu berpegang pada janji tuhan. Setiap rezeki itu ada hak masing-masing yang punya. Rezeki saya akan sampai nanti. Saya pasti. Dan untuk kawan-kawan yang sedang menikmati rezeki mereka, saya sentiasa rasa bersyukur bersama mereka. Saya mendoakan agak rezeki mereka ini berpanjangan dan sentiasa dalam nikmat yang mereka hargai. Anyway, persiapan lain, mungkin sedikit hadiah yang bakal di bawa bersama ke majlis mereka nanti, atau mungkin duit keruk saje. hehe


S : Tahun ini seperti tahun feveret kawan-kawan sekolah anda memilih tarikh majlis mereka. Mungkin anda boleh berikan tarikh yang anda inginkan ketika ini sebagai tarikh majlis anda?
J : Ketawa. Saya rasa soalan ini terlalu radikal. Nanti apa pula persepsi setiap orang yang membaca keratan ini, tentu rasakan saya terlalu berangan jauh dan terlalu memikirkan hal ini. Tapi apalah yang nak dipedulikan kata-kata orang. Ketawa. Saya rasa angka 2010 angka yang cantik. Mungkin masa saya akan tiba di tahun 2010. Tiada siapa tahu. Senyum.


S : Antara kawan-kawan anda, siapa yang anda paling tak sangka mendirikan rumah tangga seawal ini?
J : Oh. Ini panjang nak saya listkan. Sebab bukan tahun ni saja yang menyaksikan ramai kawan-kawan yang saya tak sangka berkahwin awal. Tahun lepas saja dah 2-3 orang yang saya sendiri tak sangka begitu awal menamatkan zaman bujang mereka. Yang paling saya terkejut tahun lepas, Mohd Hamzar atau kawan-kawan lebih kenal dia sebagai Boyot. Mendengar kisah mereka bertemu saja dah buat saya mau bergenangan air mata. Memang kalau dah jodoh, tak kenal masa dan tempatnya. Mana yang hak, akan menjadi kepunyaan juga akhirnya. Dan sekarang ni, rasanya si isteri dah berisi dekat 7 bulan kalau tak silap saya. Murah rezeki mereka. Sangka tak sangka, bukan kita yang lebih mengetahui.


S : Banyak undangan perkahwinan yang anda terima tahun ni?
J : Bak tajuk hari ini, semua orang nak kahwin tahun ni. Sampai tak cukup tanah saya nak pergi meraikan. Sampai kena bahagi-bahagikan masa sana sini, tak mau ada yang kecil hati andai saya tak sampai ke majlis mereka. Kalau berkesempatan, memang saya akan sampai. Dan saya nak amik kesempatan ni juga nak ucapkan maaf pada yang saya tak berkesempatan nak memeriahkan majlis mereka. Bukanlah daya saya andai masa begitu membatasi kita. Mana yang prioriti saya dulukan, dan cuba bahagikan masa sebaiknya. Tapi saya selalu iringan doa semoga majlis kalian dalam lindungan tuhan dan sentiasa dalam berkatnya sehingga ke anak cucu. Dan, tahniah :)


S : Pesanan terakhir anda.
J : Selamat Pengantin Baru buat semua yang telah dan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Semoga berbahagia ke akhir usia. Tempuhlah alam rumah tangga dengan penuh sabar. Zaman sekarang ni, secepat mana melafaz akad, secepat tu juga melafazkan talak. Nauzubillah. Mohon dijauhkan itu. Kita nak, ikatan ni biar sampai mati. Biar sampai akhirat. Sabar tu penting. Jangan mudah melatah. Wah nasihat macam orang berpengalaman. hahaha.


Masa menyembuhkan.



"Masa pun berjalan sesekejap kite berkelip mata.
Dan sesekelip dua mata,
dalam tak sedar dah melupakan
rasa yang dah kebelakang tu.
Dan apa bakal jadi besok kedepan,
mau dirasa dan dinikmati.

Hebat rasanya. Melupakan.
Sisa yang tinggal,
cuma kenangan yang bahagia.

Sekejap hati kita biar semua lara hilang.
Buat apa mengenang rasa yang tak selesa.
Buat beban jiwa sendiri yang tiada org lain tau keujudannya.
Dulu mau dilepaskan, rasa sayang.
Bila dah terbuang tak sangka rasa begitu lapang."

Ohh. :)


Friday, May 8, 2009

Menjelang 26 - Countdown 37 Days Left

Macam bes je wat countdown hari jadi sendiri. Abes, takan nak suh korang yg buat. Mesti la korang tanak, wat2 lupe lagi ada la kan. tau tu. huhuhuy.

Tahun ni dah mcm tahun penuh warna warni citrawarna malaysiaku gemilang untuk aku. Seawal tahun dah ke Bandung. Kemudian ekspidisi berjalan semakin menjadi-jadi, hinggakan terasa hari minggu tu tak cukup 2 hari. Sepatutnya 8 hari. Haha. Yang paling kesian, mak. Dialog rutin dia, "mak tak tgk lagi muka anak mak mggu ni.". Haih. Aku je pon anak dia eh. Tapi itulah, emak, tetap emak.

Dan tahun ni bakal menemukan aku dengan angka umur yang ke 26. Kahkahkah. Konon nak kawin tahun ni. Macam takdo makno ea. Popoyo ea. Tapi tahun ni rasa cepat kan? Dah dekat sangat dengan hari kiamat gaknye. *diam kejap. fikir sama2*

Banyak yang aku nak makeover sempena tahun ke 26 gilang gemilang nih. Banyak betul sampai tatau nak mula mana. Keseluruhannya tentang diri sendiri la kan. Takan tentang diri korang lak. Korang, tunggu lah umur bebila korang rasa nak makeover korang bikin lah. oh ye. bukan. bukan aku nak pegi buat plastik sejeri, ni dalam kusus kata yang lain, makeover peribadi. wah! tentu ada yg nak muntah jagi nih.

Kemungkinan besar juga aku nak close akaun blogspot. tak. ini tak bermakna aku nak berhenti blogging. cuma aku nak pindah je ke tempat lain supaya korg semua takle baca lagi dah blog aku. Ahaa. itu jam, aku luahkan la segala rahsia terpendam di jiwa. baru korg merasa kempunan takle baca. kekeke.

Buat countdown kali nih, aku sisipkan lagu yang aku tujukan khas buat diri aku, sebagai tanda lagu paling top tangkap nangis each time aku dgr lagu nih. Nah, Anugerah Lagu Paling Sedih, carta terkini. Carta tahun ke-26 mungkin lagu lain. Siapa tahu.



p/s: Selamat Hari Lahir ke- 26 buat Siti Najihah :)

Thursday, May 7, 2009

Bergelut perasaan dengan lelaki-lelaki egois.

Wahai si lelaki-lelaki ego yang ada di sekelilingku,

1. Susah nak terima pandangan aku, si perempuan.
2. Tak boleh terima kesilapan yang sendiri jadi puncanya.
3. Terlalu takut orang tafsir yang buruk/negatif tentang dirinya.
4. Persepsi terhadap aku, perempuan, tak boleh diharap.
5. Dia saja yang betul, pandangan aku, perempuan, sampah, salah.
6. Bos besar, kepala besar.
7. Mengarah je reti.
8. Tak reti kerjasama.
9. Dia fikir if dia yg buat semuanya boleh jadi lebih perfect.
10. Poyo.

p/s: aku lemas lah. jangan ingat dengan ego tu ko boleh tongkat dunia. turun sekejap. pijak bumi tuhan sekejap. pandang bawah sekejap. aku aku lelaki yang bimbing aku, perempuan. tapi perempuan ini ko perlu juga. Pada lelaki yang tak punya ego tebal, kamu dah pupus, dan terima kasih kerana ada lagi yg wujud.

sapa makan cili dia rasa pedas, sapa makan petai mulut dia busuk. haha!

Sunday, May 3, 2009

Seimbang.

"memberi sebanyak menerima
sayang sebanyak disayangi
sedih sebanyak gembira
saya sebanyak awak"


i am a reflection of u.
kepada yang banyak membentuk personaliti aku hari ini, how aku hari ini kepada kamu, adalah hasil dari apa yang kamu buat kepada aku selama ini. :)











hehehehehehehehe :)