Saturday, March 28, 2009

Selamat tinggal.

nati aku pulang, aku janji aku jadi all new.
p/s: Ampunkan semua salah silap aku. Ampunkan. Ampunkanlah.
:(

La Tahzan - Siri 007



Tak sudah-sudah rasanya. Aku pun sangka aku dah heal, tapi aku tipu diri agaknya. Yang sahihnya bila selang hati aku rasa empty, aku kembali ingat kenangan lama. Dem, aku terfikir bila semua ini nak gone. Nak move on. Penat hidup dalam kenangan yang buat hati rasa deep hurt.


Dan rasanya, dia pun dah macam pergi jauh. Macam dah mula rela invisibelnya aku pada kasar hidupnya. Aku yang mulakan. Aku perlu face it. Sebab semua tentang dia aku dah cuba kuat tak mahu pedulikan. Aku tak nak di influence lagi.

Cuma yang rumitnya, bila keluarganya turut aku rindukan. Tak. Bukanlah mereka serapat mana dengan aku dulu. Cuma kasih sayang tu dah sikit-sikit aku rasa. Bukanlah mahu menumpang rasa. Cuma nak bertanya. Apa khabar agaknya.

Semua tu bukan haknya aku.

Aku tau. :)


06:14hrs
28.03.09








Friday, March 27, 2009

Jangan benci aku





kalau ada tersalah kata aku bualkan, aku tak bermaksud.
kalau ada tersalah laku aku gayakan, itu cuma sisi buruk diri aku yang sebenar.
kalau ada tersalah rasa di hati kalian, aku tak berdaya.

mungkin aku tak tau, jadi tolong beritahu apa sebenarnya salah aku itu.
dan maafkan.

tapi tolong jangan benci aku.



p/s: rasa macam hari raya lak.
pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas
:)



**lagu embed mcm tak seswai hohh. maaflah!

Wednesday, March 25, 2009

Kalau-lah bukan awak, siapa lagi?

petang tadi, ofis.







tepuk dada tanya iman.






p/s: pada siapa lagi kami wanita ni nak berharap,
kalau bukan dari awak
untuk kami aminkan doa.




Tuesday, March 24, 2009

Tuah, datanglah dikau.






tuah ayam nampak di kaki,
tuah manusia siapa yang tau.








Sunday, March 22, 2009

Hal serius


Aku nak bercakap pasal agama banyak sangat, ilmu aku pun tak panjang mana. Cuma sebagai muslim, aku rasa kita semua tau. Solat tu kan tiang agama. Solat-lah. Kita yang hidup di akhir zaman ni memang banyak dugaannya. Aku pun bukanlah sebaik mana. Sana sini mengajak aku lebih kepada jalan yang sepatutnya dijauhkan. Sekurang kurangnya dengan solat yang wajib, aku harap aku tak jauh mana dari jalan yang sepatutnya.

Maksud aku, mari kita refer pada 3 baris terakhir tafsir bacaan wajib setiap kali kita bersolat;

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni’mat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nasrani)
.

ayat 5,6,7 Surah Al-Fatihah

Dengan izinNya, kalau solat yang wajib tu tak kita tinggal, setiap 17 kali dalam lima waktu itu kita berdoa dalam al-Fatihah yang kita baca, doa ini dimakbulkan. Ini, aku selalu ingatkan diri sendiri.
Jadi, solat-lah 5 waktu yang wajib tu. Dalam solat itu ada doa untuk kita. Semoga dapat bantu kita pilih jalan jalan yang lurus.


Solat-lah. Kalau tak sempat yang susah, buat yang mudah.




p/s: semoga aku bukanlah antara muslim yang cuma solat bila dah dalam kesusahan.
solat wajib 5 waktu sehari semalam.



p/s2: betulkan if aku tersalah olah ayat.
aku cuma sampaikan apa yang aku mampu.
aku cetek ilmu agama.




I am okay





Aku memang selalunye ok.
OK sangat.







Wednesday, March 18, 2009

Terbang-lah dikau si rama-rama.



Maliq & D'essentials
Mata Hati Telinga







;)

Bercampur-campur-lah perasaan sejak 2 ke 3 minggu kebelakangan ni. Bak aku ckp ngan sayam fid, rasa mcm ada rama-rama dalam perut dan semacam nak memberontak. Kalau dalam bahasa asing tu orang kata rebel-lah. Aku pun tatau-lah apa benda yang nak aku rebel-kan. Dan terlalu nak escape nye dengan perasaan rama-rama dalam perut ni akhirnya aku beli jam tangan yang boleh dibawa menyelam sedalam 50m. Memang tiada kaitan. Tapi tak semena-mena barang yang aku nak sebelum 2010, ikon no.2 dah berjaya aku beli, tadi. Tapi aku puas hati. Sebab menepati cita rasa. Wohooo!

Macam mana-lah caranya aku nak meloloskan diri aku dari perasaan rama-rama-di-perut-ku ni. Mungkinkah dengan berjogging/bermain badminton/membeli ikon no.3 pulak? Ataupun balik dari redang semua ini akan pulih seperti sedia kala? Ataupun akan berlanjutan sampai aku dapat surat tawaran belajar ke luar negara? Atau pun mungkin aku kene tikam perut aku sampai terburai keluar semua rama-rama tu. Atau mungkin semua ni hanyalah aku yang mengada-ngada.

Gambar1234 di atas tiada kaitan dengan rama-rama pon. Cuma gambar jam tu je yang macam ada sikit kaitan ringan. Gambar1234 adalah hadiah dari Jakarta. Terima kasih kawan-kawan-ku sayang. Terus sihat skit bila derang dtg hospital bawak hadiah benda ni. Set pengurusan badan dari Ibu Lansing Mustika Ratu. Haha. Best gile signatured box Maliq & D'essentials. Dalam box ada cd, ada t-shirt. Walaupun sikit besar saiz t-shirtnya, tapi memang kool gile. Rasa sayang nak pakai. Ili, nantikan parcel anda yea! Hehe.

p/s: buka mata hati telinga..


Monday, March 16, 2009

Sesi Soal Jawab Bersama Penulis - Bahagian 1

Hari ni kita akan bersesi bual mesra dengan personaliti yang kita semua sayangi ini. Untuk pengetahuan semua, personaliti yang tidak asing lagi ini akan menjawab dengan spontan tanpa berfikir lebih dari 2 minit (bergantung pada jenis soalan yang diajukan ke beliau). Jadi, tak perlu kita buang masa lagi. Marilah sama-sama kita ikuti sesi soal jawab bersama beliau.

Berikan sebab musabab entri ini ditulis sedemikian kali ini.
Saje. Nak bawa kelainan kepada pembaca-pembaca I yang setia ni rasa-rasanya.

Berikan 5 senarai barang yang anda mahu miliki sebelum tahun 2009 berakhir.
1. Henpon baru - ada kemre 3mp cukup, leh 3G, kalau leh touch screen lagi syokkk punya, bole wifi. Dan kalaulah bole celup dalam air (alala mcm water resistance lah).

2. Jam tangan baru - Tali leather. Antara brand-brand yang menjadi pilihan hati seperti Fossil ke, Swatch ke. Simple2 je. Nak buat lasak2.

3. D90

4. Kamera compaq yang boleh dibawa menyelam

5. cinta (kategori barang ke ni?)

Pada pandangan anda bilakah momen paling seksi bagi seseorang.

Bila bangun dari tidur dengan air liur berbasi sedikit dibawah bibir dan dengan rambut yang kusut masai. Alololo.

2 tempat yang teringin sangat nak pergi.

1. Eropah
2. Gold Coast
(2 tak cukup. sepatutnya bagilah 30 ke.)

Nyatakan tabiat buruk yang anda susah sangat nak ubah.

Tak makan sayur & buah.

Pendapat anda tentang cinta pandang pertama.

Nasib.

Jika anda boleh memilih pekerjaan idaman anda, nyatakan.
Freelance designer & photographer. Wuhuu!

Kalau anda diberi peluang menjadi halimunan..
Emm. Nak duduk rumah dengan ada orang tu. Nak tengok apa yang dia buat seharian, selama seminggu. Nak tgk dia tidur macam mana, makan macam mana, mandi macam mana. Hahahahaha. Stalker! Hoh ngeri tak.

Impian yang anda harap jadi kenyataan untuk tahun ni.

Bercinta dalam bulan Jun, bertunang dalam lepas raya. Kahwin dalam awal tahun depan.

Soalan yang anda nak sangat tanya dan tau tentang diri anda dari persepsi orang lain adalah.

Apakah benda yang paling menarik tentang diri aku yang boleh buat lelaki diluar sana cair dan jatuh cinta. Wohoooo!

Berikan 5 nama yang anda selalu suka.
1. Aina
2. Fayaaz *nama adik fid. hehe.
3. Iman
4. Aisy
5. Ain
(nama-nama yang akan aku bubuh as nama anak-anak aku. Cewahhh)

Pandangan anda tentang momen paling bahagia bagi seseorang.

Bila disayangi & dihargai.

Berikan ucapan terakhir anda.
Entri ni sepatutnya tak perlu, tapi aku dah bosan sangat n rasa nak menulis. Uhh.



p/s: momen paling bahagia aku adalah saat di hospital, bila korang semua datang melawat. penuh bilik.




Gambar hiasan - Gelak alala model. Haha!


Friday, March 13, 2009

Terima kasih pada yang sudi, pada yang kasih, pada yang sayang. Terima kasih daun keladi.




Betul. 3 hari aku dihospitalkan. Dan sepanjang tempoh aku dirawat, ramai yang datang melawat.



Terima kasih, semua.
Aku dah semakin ok.


Monday, March 9, 2009

Kisah kasih sayang dan cinta aku yang telah diabaikan


Masuk hari ni dah genap 5 hari aku jatuh sakit. Lama betul sakit kali ni. Rasanya inilah sejarah hitam paling lama aku sakit teruk lepas demam chicken pox waktu dalam tingkatan berapa ntah dulu. Menyesal aku minta sakit beberapa hari sebelum, ingatkan saja nak melepak di rumah sambil ada mc sebagai alasan tak mau pergi kerja. Akhirnya, nah. Hamik!

Aku mula rasa badan seram seram sejuk sejak rabu lalu. Tapi aku buat tak heran je. Tu yang mengada ngada pasang niat "kalau sakit 2 3 hari best jugak ni. dah lama tak sakit.." aku pun buat kerja kerja keras aku seperti biasa. Lasak abis aku kerjakan badan aku. Dengan keje ofis, keje editing, meeting komiti dsb..

Sampai hari khamis, aku dah mula tak pergi keje. Pegi klinik. Memang doktor sahkan, aku demam.

Eleh. Demam biasa ni. aku bersuara dalam hati..

Tapi malam tu aku dah mula rasa tak sedap badan yang ketara. Bahagian pinggang ke bawah rasa sengal ya amat. Aku dah mula risau tak tentu pasal. Lutut pun dah mula sama dan kaki pun rasa nak kejang2.

Jumaat pagi. Aku kol mak "mak.. nak masuk hospital..."
sambil air mata berjujuran lebat membanjiri pipi. Haih. Tulah. Orang tak pernah rasa sakit teruk. Ye lah. Mana pernah. Denggi pun tak pernah. Rasa useless sangat. Aku menggigil satu badan. Terketar ketar macam orang sakit parkinson. Rasa tak berdaya.

Tapi sempat lagi tengok MHI & sms kawan2.

Pagi tu yang rasa sedihnya, nak makan sebelum makan ubat. Tapi tak mampu nak masak, apa pun tak de didapur untuk dijamah. Lalu air mata semakin lebat.

"mak.. tak larat sangat dah ni.." alahai mengadanya. Tapi itu la dia. Merengek macam budak 4 tahun.

Pegi klinik lagi. Doktor kata aku demam biasa je. Tak boleh warded lagi. Dalam masa yang sama air mata masih laju membasahi pipi. Hahaha. Teruk betul rupa aku masa tu aku dapat bayangkan. Apa cite aku nak sangat masuk hospital ntah. Nak merasa sangat kot sakit kene cucuk masuk air. Wad hospital ada hantu aku tau tak.

Entahlah. Duk hospital swasta takde hantu rasanya. Haha. Pulak yang rasa lagi sayu, sabtu tu mak aku ckp dia kene pegi singapore ablik hari isnin. Hah?? Tinggal la anak dia yang mahu dimanjakan ni keseorangan. Sapa nak masak kan aku? Sedihnyaaa..

Nak dijadikan lagi sayu, kawan kawan pun semua takde. Semua takde. Aku rasa alone sangat. Shit gile rasa. Sakit & takde tempat bermanja.

Cuti yang sangat horor. Aku jadi penunggu ruang tamu yang tegar. Situlah aku celik tido celik tido. Waktu sakit ni la juga aku jadi catch up dengan Raja Lawak Musim ke-3 dan baru aku tau Sepah tu memang kelakar maut. Langsung aku gagahkan diri tengok utube semua aksi2 sepah yang lepas sebelum mereka bergelar juara. Komfem mereka memang kelakar.

Dan betul lah kata pujangga inggeris, Laughter is the best medicine. Sebab gelak2, gigil aku berkurang sedikit.

Namun dalam aku sekejap sekejap rasa nak pengsan ni, sempat aku pegi shah alam semalam, bulat n aisyah baru balik dari melaka. Manalah aku boleh tak ke sana walau sehari dalam seminggu. Jumpa pegi pekena bubur sup utara je. Ye lah, orang sakit. Makan buburlah apalagi!

Dan aku sempat pegi Ikea beli stool utk designer corner bilik aku. Haha. Dalam pada tak sihat n alala nak pengsan lite lite ni kan. Sempat aku berdekorasi.

Tapi kesihatan aku masih belum pulih 100%. Sebab aku masih rasa lutut aku bergetaran setiap selang beberapa kala. Mungkin badan aku belum cukup nutrien. Yelah, mak pun baru balik tadi nak menyediakan makanan berkhasiat untuk aku kembali pulihkan badan aku yang lemah gemalai ni. Siap dia belikan aku vitamin dan sebagainya. Kesian katanya tengok anaknya ni. Tau pun. Anak mak ni tak cukup kasih sayang tau!

Esok kene keje walaupun rasanya aku masih belum sembuh sepenuhnya. Em. Sebelum mula keje esok aku nak tulis note dulu dan tampal atas notis board meja aku.

"SJMC panel pmcare."

Bolehlah anta aku kesana kalau jadi apa2 pada aku.





p/s: adik aku 3 orang dah penah duk sana. Best. Pastu sure memang takde hantu.




Thursday, March 5, 2009

Jangan lupa makan ubat. Makan. Jaga diri.



Aku demam dah 2 hari. Pinggang aku sakit, like hell. Aku rasa mcm nak nangis je, duduk salah berdiri pun salah. Semua posisi badan aku pusing nak tidur pun serba tak kena.



Masa ni lah rasa nak dibelai-belai.
Rasa nak dimanja-manja.
Rasa nak ditanya..
"ok tak ni.. dah makan ubat lom.. makan tak ni.. jaga la diri.. jangan buat saya risau.."

hahaha..



Wednesday, March 4, 2009

Tuesday, March 3, 2009

Menjadi Pilihan Diantara Banyak Pilihan




Dalam pilihan yang ada di depan mata, kenapa bukan aku yang jadi pilihannya?


Mungkin aku tak secantik yang dia pandang. Begitulah pandangan setiap manusia itu tidak sama. Walaupun melihatnya sama, dari mata. Tapi hati dan jiwanya juga ada rasa masing-masing. Mungkin senyuman manis aku ni tak semanis yang dia lihat, kekeletahan pertuturan aku ni tak sesedap didengar telinganya, taste makanan aku yang sedap ni tak bergitu berselera ditekaknya, keikhlasan aku menjaganya bukanlah sesuatu yang didambakannya. Mungkin yang dia mahu cuma bukan aku.

Dan mungkin juga semua kekurangan aku pada mata, hati dan jiwanya tu dah cukup sempurna pada mata, hati dan jiwa yang lainnya.


Begitu juga keadaannya, antara pilihan yang aku ada, kenapa dia yang dah terlalu lama mahu aku pilih tak juga aku pilih?

p/: kemistri? bukan itu jawapan yang aku nak dengar. mungkin bila dah tak ada pilihan barulah pilihan dapat dibuat?