Wednesday, October 29, 2008

Dulu

Dulu,
dalam lingkungan umur aku awal 20-an, sedang aku aktif dan rancak menghias laman myspace untuk menjadi laman yang up to date dan paling kreatif, mengumpul kawan-kawan myspace dan frenster seramai yang mungkin, dapat kenal abang-abang lewat 20-an yang aku tabik idea melalui internet dan cara mereka mengatur laman mereka; (kacak, kreatif dan pandai berjenaka itu bonus mereka), mencuba sedaya upaya nak menjadi kool seperti mereka, setiap hari online untuk keep up dengan fotopages mereka yg buat aku teruja. Aku jadi mulai minat nak membeli kamera, bila setiap hari aku menanam hasrat nak jadi macam mereka. Kemudian aku beli. Dan aku berlumba.

Kemudian,
seorang demi seorang diam. Mulai dengan jarang-jarang update, kurang membalas komen dan makan berminggu nak renewkan
last login. Aku jadi tertanya-tanya. Kemana kalian hilang dan pergi. Kami di sini dah lama menunggu. Kami rindu. Kemudian aku pula kurang menambah entri, mungkin kurang inspirasi.

Kemudian kemudian,
baru aku tau kemana mereka pergi. Last login 3weeks ago, last entry
15-Jan-2007, ada yang langsung deleted their account. Hemm. Berumah tangga, beranak pinak dan seperti aku sedang hadapi, berpekerjaan tetap.

Sekarang,
aku menjadi mereka. Frenster dah lama tak update. Deviant art, last submission aku ntah tahun lepas agaknya. Myspace jangan dikira, entah boleh login lagi ke ntah. Semua ni atas sebab batas waktu dan kecenderungan untuk memilih sesuatu yang baru. Situasi dan keadaan sekeliling mengubah hobi dan kesukaan. Tapi, jauh dalam hati dan permintaan jiwa aku ni, aku rindu sangat nak outings dan mengambil gambar. Rindu sangat. Rindu gejet team mate. Rindu. Dan kamera aku pun dah lama tak tambah ahli keluarga. Aku sedih mengenangkannya.

Tuesday, October 28, 2008

Sisi Terbaru


Yes. Betul lah tu. Durasi jangka masanya di situ lebih kurang 1 tahun.

Oh, IV



Bila Rasaku Ini Rasamu - Kerispatih

Oh, ulang selalu di telingaku memujuk hati. Oh dengar, sangat mendalam. Semua telah terjadi.

p/s: Aku terjadi sangat tersentuh jiwa sejak 3 hari ni. Mungkin sebab aku nak cakapkan sesuatu dalam masa tak lama lagi. Hemm.

Monday, October 27, 2008

Oh, III

Yam,
Hari ni I nanges sampai teresak esak. Teruk kan. Kate nak benti nanges.
Tipu sangat.


Hmm..




Perubahan

Aku jarang menonton tv. Dan tadi aku rasa yang menonton tv boleh membuat aku lupakan perasaan keterlaluan berfikir yang aku hidap ni. Dan aku ambil masa 2 jam menonton tadi. Cukup lama. Ye, aku rasa lebih selesa, dari perasaan memandang siling atau dinding kosong sambil berfikir tentang semua. Mungkin aku perlu berubah personaliti.

Aku jarang menonton tv. Dulu, zaman belajar ada kawan kawan rapat yang byk influence aku untuk ikut mereka menonton. Kalau sendiri, aku selalu lupa jadual tayangan, dan akhirnya aku ketinggalan beberapa episod. Jadi selepas sendiri, sekarang, aku berhenti terus. Aku lebih suka melayan diri dalam bilik bersendirian. Kalau aku tak layari internet, aku akan duduk diam saja. Tak berbuat apa physically, cuma aku akan rasa mentally depressed. Ini penyakit bagi aku dan aku rasa aku perlu berubah.

Semua manusia berubah. Dulu aku tak faham kenapa manusia berubah mengikut waktu. Tak boleh ke kita tetap sama dalam apa keadaan pun. Em. Tak boleh. Situasi yang mengubah keadaan diri kita. Kadang kita sangka kita sama seperti dulu, tak pernah berubah. Tapi tanpa kita sedar, diri kita dah tak sama even cuma nak dibandingkan dengan hari semalam. Dan kasihannya diri kita, bila kita sendiri tak sedar yang kita dah berubah dan tak dapat menerima perubahan diri kita sendiri.

Aku tak dapat menghalang perubahan. People's changed around me and i should change accordingly. If not, i get left behind. Aku akan rasa sakit sendirian. Itu aku belajar dari rancangan Grey's Anatomy pagi tadi. *Dan aku rasa perlu catit bila waktu tayangannya supaya aku tak missed out the show next time. Ceritanya bagus dan memang dulu menjadi rancangan kegemaran kawan kawan aku. Buat inspirasi. Buat motivasi. Buat lupakan sekejap benda yang tak perlu difikir.

Aku perlukan perubahan. Berhenti kerap menangis. Kurangkan berfikir yang bukan bukan. Kurangkan terlalu memikirkan apa yang orang lain fikirkan. Berhenti risau keterlaluan. Kurangkan berseorangan. Berhenti terlalu berharap. Kurangkan berfikir tentang orang lain. Kurangkan rasa susah hati tak tentu pasal. Dan list pun berlarutan..

Aku rasa useless juga perlu berubah mengikut keadaan. Tapi inilah realitinya. Manusia berubah.

Change; we don’t like it, we fear it, but we can't stop it from coming. We either adapt to change or we get left behind. And it hurts to grow, anybody who tells you it doesn’t is lying. But heres the truth: the more things change, the more they stay the same. And sometimes, oh, sometimes change is good. Oh, sometimes, change is ... everything.
-Meredith, A Change is Gonna Come

Saturday, October 25, 2008

Oh, II

Lagu ini sangat membawa kepada satu perasaan.



Kerinduan - Sheila Majid

Friday, October 24, 2008

Si Tunangan Orang

Tahniah Siti Najihah sayang,

Hehe. Lambatnye kan i amek masa nak updet blog ni dengan cite kegembiraan u yang dah seminggu berlangsung. 18 oct 2008, u dah pun jadi tunangan kepada yus, yang u selalu cintakan. Selamat segalanya berjalan lancar. Walaupun agak lari dari jadual, yang penting semua selesai dengan baik.

Yang utamanya, i feel besalah jugak tak bawak kamera utk sama sama rakamkan saat saat indah u. Memang i bukan sengaja. Cuma sejak dah lama tak memegang kamera besar tu i dah lama juga tak pastikan dia dalam kondisi yang baik utk diguna immediately. Bateri tak dicas, lens tak dibersihkankan. I tau tu bukan alasan. As u know i baru balik from outstation the nite before n hv not hv enough time to remember putting the gadgets together properly. Saya rasa sangat sedih tau. huhu. Hope u can understand.


Anyhow, i tengok gamba yang cousin u ni amik sangatla bagus. Ni i letak skit his foto bole heh. I credit him. Nati kim salam dia =) *Sori if i edit sesikit.




Monday, October 20, 2008

Oh,

Kamis ke Tasek, Ipoh. Lagi.

Em, aku rasa macam nak jupe sebelum pegi. Tapi aku malas nak tanya sebab selalunya semacam aku ni je beriya-iya nak jumpa.

Sedang engkau? Aku tau aku tak kan dirindu pun.

Aku pun tak pasti apa yang aku nak/dapat dengan berjumpa engkau.

Wednesday, October 15, 2008

Sorot dari "Wordpress, The History". Episod Satu.

Sayang nak tinggalkan tulisan lama. Aku cut & paste, biar diarkib di sini pula.
::

Arkib Satu: atiqahidayu.wordpress.com/2008/04/09/bertuah

Bertuah tuan,

dapat gading bukan yang tanduk

tak seperti hamba

dapat yang hina lagi dikutuk


Bertuah tuan,

bila berjalan selalu lurus

nampak terang bersuluh

tak seperti hamba

walau berpimpin masih tak jumpa


Bertuah tuan,

hendak yang mahu, dapat

mahu yang hajat, cuma niat

lainlah hamba

yang tak ingin, jumpa

yang dimau, entah di mana

::


Arkib Dua: atiqahidayu.wordpress.com/2008/04/09/terima-kasih-sahabat-lelakiku

berbual kita tanpa nafsu

tanpa cinta tanpa cemburu

hanya tentang hobi hujung minggu

keluar keluar tanpa tuju;

hari hari buat perkara sendiri

kadang cuma jumpa dalam mimpi

walaupun dah ada kekasih hati

kau tetap selalu disini

sebelah hati

jadi sebelah sayap lagi;

kadang keluar bukan bercinta

ke bandar mencari subjek lensa

kau puncanya

aku dapat ilham segala

nah, gambar gambarku ni jadi buktinya;

bila bercerita dengan gaya dan segala

rasa semacam dalam sinema

idea kau dan aku tak sama

tapi sehala;

tak, tak, aku tak bercanda

dengan kopi tanpa gula

kau pun tau apa hasilnya

nah, ini dia

tribute kepada anda.

Tuesday, October 14, 2008

Hebahkan ke kawan kawan kita je. Boleh?

Seperti yang dah sedia maklum, aku terpakse bungkus dan larikan dirik kemari. cis. aku memang tatau nak letak muka mana bile brader kat opis aku tu revealkan diri dia sebagai pembaca blog tegar pada tulisan aku. aku segera rasa nak pindah tempat kerja. segera rasa nak terjun dari tingkat 17 opis aku tu. Malu!

Biarlah. Aku lantas terus OFF kan wordpress aku. Nah, sekarang aku nak mulakan cerita baru. Aku harap blog yg ni tak akan pecah pada orang yang tak mau.

Tentu fren fren aku tercari cari kemana aku menghilang. Kenapa wordpress aku tak boleh di reach. Nati aku tag kamu semua dengan blog baru ni.

Monday, October 13, 2008

Blog baru

Tahniah. Sebabkan blog lama telah ditemui salah seorang warga pejabat, lalu aku bungkus dan pindah. Habis semua nukilan indah yang aku tulis dulu-dulu kini tinggal kenangan.

Apa pun, selamat datang ke blogspot.